Halaman

(1)

Isnin, 2 Mei 2011

Telefon Bimbit AntiPintar berharga RM31,675

Selak2 paper kosmo tadi terjumpalah pasal handphone yang tak ada enjin carian Internet Google atau pun kamera tapi harganya ..Makkk Aiii .....lepas beli sebuah rumah ...tu pun tak terhabis duit..macam mana tak ada kamera tak ada enjin carian Google tapi mahal .. Apa yang membuatkanya mahal ??
Ohh ...rupanya handphone ni dibuat dari bahan2 untuk menghasilkan jam tangan mewah..patutlah mahal..skrin kaca dari batu nilam SMS macam biasa laa.. mesti ada.. Fuhhh...ni orang yang betul2 kaya banyak duit ni boleh beli hp macam ni..Tengok body pun boleh tahan..Cantik ..Wah! cakap dah macam nak mengurat awek dah bunyinyer..

KORANG NAK BELI TAK HP NI???
                                                              

Pontianak Di Pondok Bas ...

B ada jumpa kawan b yang duduk kat kampung Pontian,dah jumpa2 tu dia ajak tido rumah dia..b ok jer ..NO HAL sebab mami pun tak ada kat rumah pergi kenduri  ...malam tu b tak mengantuk layan2 facebook ler kejap..tiba2 kawan b si Aida ni pegang bahu b ..terkejut Seyh!! ingat sape tadi..
dia pun tak boleh tido macam b so dia ajak2 laa berborak dari satu bab ke satu bab sampailah ke bab yang paling b tak suka..HANTU ...............!!!!!!!!!!!!

B memang takut dengan cerita2 hantu ni sebab b pernah alami ..dan pengalaman tu b ada postkan ..yang mana tak tahu boleh laa tengok dan baca.si aida ni pun start laa bercerita benda yang paling b tak suka nak tak nak dengar jugalah..dah tu hobi dia.dia suka sangat dengan benda2 seram ngan mistik ni.Dengarkan cerita dari dia,dia kata ada kemalangan terjadi dekat dengan pondok bas kat kampung dia tulah..b pun tanya dia,"Aku tengok tak ada kesan pun dekat bustop tu,macam mana kau kata ada kemalangan"? Musykil2..dia kata memang dah tak ada ngokk,sebab orang2 bomba dah bersihkan kawasan tu" hahaha,dapat pangkat ngok..pelik gak kalau bersih sekalipun tak akan tak ada kesan At Least,kaca2 or kesan tayar terseret ker..ni tak ada.Ahh..lantak la bukan masalah b.Dia pun teruskan cerita seram dia tu.

Orang yang terlibat dalam kemalangan tu aida cakap ..seorang perempuan mengandung and sorang lagi suami dia.perempuan mengandung tu tercampak dari cermin kereta depan pastu tergolek kat atas jalan raya datang pulak kereta lanyak ..jadi lah piece of roll..Eee,Ngeri..loya b dengar cerita dia ..Hancur badan dia separuh dari perut ker paha..Baby dia??Matilah jugak ..Menurut informasi aida kereta kancil yang di bawa oleh husband si arwah tu berdentum tersasar ke bustop..katanya hilang kawalan..tu yang langgar bustop..
Sehari lepas kemalangan tu tak ada apa2 yang aneh yang jadi,tapi lepas sehari tu dah mula dengar orang kampung bercerita pasal nampak ..Alahhh,benda apa lagi kalau bukan Cik Ponti..kata yang pernah nampak tu dia nampak cik ponti tu lepak kat bustop ..jam 2 pagi siap bawak anak dia,batu nisan la tu..si aida ni kalau nak menakutkan b dah tak ada modal lain mesti hantu bawak batu nisan..yelah tapi tu kepercayaan orang pontianak ni wanita yang mati beranak ..

Nak tergelak pulak dengar cerita si Aida ni ,sebab cepat sangat percaya benda2 ni ..benda tu kan bukan boleh nampak dengan mata kasar kecuali dah ditentukan pada orang2 yang nak nampak dia  b tak nafikan tu.Cuma tak akan tak ada modal lain nak buat cerita nak menakutkan b..bila b cakap jer macam tu cepat dia marah2,,siap cakap "Kau ni aku tak habis cakap lagi,kau dah menyampuk."Ahahahah,cakap jer dah kena marah..over sensitif tol minah ni.lepas tu dia sambung lagi..ada pak anjang dia pun pernah nampak cik Ponti tu dekat bustop tu jugak...Dia ingat orang laru rumah..Orang lari rumah tak akan pakai serba putih oiii!!!!
kecuali balik dari berkabung,tu pun belum tentu majlis berkabung ada pepagi bute ..Dia tegur la cik ponti tu panggil "Cik,cik .." Then,pak anjang dia tu rebah..Bila ada orang kampung yang nampak dia tersungkur dekat dengan tepi bustop tu orang tu bawak dia balik, sedar dari pengsan dia jadi pendiam tak banyak cakap..

Ada ker pontianak ni betul2?..Pernah b dengar selalunya orang yang meninggal rohnya tak tenteram..or ada lagi yang tertinggal..Entahlaa,sebab b pun tak pernah lagi jumpa Ponti ni ..Tengah termenggung dengar cerita si Aida ni tetiba kitaorang dengar cam bunyi kaki orang berjalan..Si aida pulak tegur,Gabra2 ...takut dah la tengah malam..Aida ni pulak berani2 jer dia nak bukak tingkap tengok bunyi tu datang dari mana,B pun tarik lengan dia cakap kat dia Tak payahla,Takuutttt....!!!!!tapi dia degil, dia pergi gak dia bukak tingkap tiba2 ..... "Haahhh....pehal ha korang tak tido  lagi haa ??..Gosip ea??"" Ciss ,rupanya Si wan(kutu babun) jiran sebelah..Wat Chuak jerr ...Terus Aida tutup tingkap sambil ngomel sesorang ....

Kisah Benar Di hadapan Mata Aku :Campak Al-Quran

''Assalammualaikum ......" tepat jam 7:30 malam budak2 yang mengaji kat rumah b datang laa ..mami b memang cikgu mengajar mengaji tapi tak lah kerap sangat.sebab mata mami b dah kurang nampak so dia ambil anak murid sikit jer.

Adalah sorang cikgu ni hantar anak dia mengaji kat rumah b..Budaknya dah Form 2,perempuan. dia datang dengan adik dia yang darjah 4,yang tu comey..sebab suka senyum...Mukanya menakutkan tak pernah nak manis pandang orang asyik menjeling jer,bukan b takut tapi menyampah tengok budak tu pandang tak puas hati.macam laa b ni ada hutang dengan dia.

Satu hari ni,mami b sibuk mengajar  budak2 yang mengaji..entah kenapa tahun ni ramai sangat yang hantar anak diaorang mengaji kat rumah mami b .. bukannya lah b ni tak suka tapi selalunya tak la ramai.
tengah mami b sibuk mengajar tu anaknya si cikgu ni,Hisshhh..tak tahu laa b pe masalah dia..suka ganggu orang tengah mengaji lepas tu mengumpat depan Al-Quran..Mami adalah jugak tegur tapi dia buat tak tahu jer..

Jadi baby tegur laa dia..tiba2 dia mengamuk...siap maki2 ..agaknya dia tak puas hati dia campak Al-Quran
dia sampai terkoyak Al-Quran tu,Rapuh hati b tengok dia wat macam tu..Tegar betul hati dia buat macam tu
Perempuan pulak tu..pertama kali b tengok depan mata orang perempuan buat perangai macam tu..Dia dah macam jadi makin menggila,Sampai ugut2 nak bunuh b..b tak kesah pun sebab biasa laa budak2
darah panas.tegur sikit melenting..Haih..b tak kesah dia nak bunuh b tapi jangan sampai campak Al-Quran tu ..

Lepas dari incident tu,dia dah behenti terus mengaji kat rumah b..
b pun tak kesah laa sebab tu hak dia nak berhenti or tak nak ..cuma yang b tak suka kenapa perlu hilang rasa hormat depan Al-Quran..Al-Quran dibiarkan terbuka tapi tak dibaca,tu kan dosa lepas tu mengumpat hal pekung orang depan Al-Quran.B jumpa dia kat tepi jalan atau kat pantai b senyum dia tak balas pun..Biarlahhh....

My mom will always be my pillar of strength.My mother is a great super woman .. are your mom to? What about yours? Do join the "Mom on FB" contest t

My mom will always be my pillar of strength.My mother is a great super woman .. are your mom to? What about yours? Do join the "Mom on FB" contest t

Churp Chirp ...try laa klik

Best pulak bila baby klik dekat Advrse tu .. ingt ada apa rupanya main race2 .. best jugak try tadi .. yu ol try r .. klik jer kat situ .. tak kena bayar pun ..

Baby just suka2 jer tapi memang best laa ..log in pakai facebook ..

Ayah ku kena pukul

Baby ingat lagi pasal hal ni .. masa tu orang tengah bersesak balik dari smbahyang jumaat.
Pas ayah baby balik dari sembahyag tu baby dengar ayah cakap dia xcident orang yang duduk depan rumah..
Ingat kes tu dah selesai tak sangka plak pak cik tu datang menyerang..tetiba dia pergi kat ayah baby dia tampar ..dia cakap kat ayah baby dasar tak guna,bodoh ...Macam laa dia tu cerdik sangat..dah laa dia datang ceroboh rumah orang dengan tak bagi salamnya pa pun ...cam gud2 jer dia wat cam tu ,,, lama jugakla dia dengan ayah baby gaduh tapi ayah baby tak melawan..Luka dia sikit jer ..sebesar duit 50 sen dia mintak ganti rugi dari mami baby .. mami pun tanya laa " Awak nak saya ganti rugi apa?..Duit?" ..yang paling baby geram dengar tu jwapan selamba dia .. " Yelah,bagi arr duit..
terkedu baby dengar lukanya sikit tak la sampai putus kaki ker apa tapi mintak duit .. apa salahnya sapu jer ubat tu .. boleh baik pe.

Selang dalam 20 min tu anak2dia datang, kasi control keadaan laa.. Ehh,tak puas hati lagi anak dia tarik dia dia still nak pukul ayah baby ..masa tu dalam hati baby .. kecik2 baby tengok dia .. wat malu kan orang kampung jer ..Umur dah lanjut sebaik2nya berbincang laa cara berbaik bukan dengan cara menyerang ,memukul ..duduk satu kampung kena ada toleransi..Dia sedap minta ganti rugi kaki yang luka kecil tu .. motor ayah yang rosak teruk tu tak ada pun kami sekeluarga nak mintak ganti rugi .. selagi boeh repair kita repair .. tak payah nak panjang2kan cerita ..

Baby sedih gilerr tau tengok ayah kena maki hamun macam tu .. tak semena mena baby menangis
Bukan nak sengaja berlakon tapi hakikat .. Anak mana yang sanggup tengok ayah sendiri kena maki hamun depan orang kampung..Kalau ayah baby salah tak apa laa juga ni tak ..ramai orang kampung bercerita sendiri jadi saksi kata Pak cik tu yang langgar sebabnya dia duduk belakang ayah baby .. Cuba fikir .. Logik ker orang depan langgar orang belakang?? tak akan laa ayah baby susah2kan diri dia gi pusing motor dia tu pas tu Vroommmm,Vrooommmm ....Bung!! Langgar dia..

Sampai kehari ni,dia tak bertegur sapa dengan ayah baby..Jumpa dekat masjid pun dia tak nak salam dengan ayah baby ..cepat2 dia lari ..Malu la tu kott ..

Tulahh , buat naya kat orang lagi ..Allah nak tunjuk kejaapppp jer ..
Kekadang baby fikir tau,mana agaknya sikap dia sebagai orang kampung yang hidup dalam komuniti yang
indah dan mesra...Ishh,Dunia dunia..

UDANG GALAH...siapa nak???



Malam semalam abang baby balik dari memancing udang ...Dengar jer motor masuk laman rumah ,,cepat2 baby keluar ...Biasalah,reporter kecik nak ambil statement..hahaha! Sampai jer abang baby kat rumah dia julang dia punya bekas isi udang tu ..Bangga la tu konon dapat 2kg..
Ah! tak kisahlah janji ada modal untuk baby kongsikan dengan orang2 kat luar sana..


Kalau ada siapa2 yang tahu Daerah Rompin ni memang terkenal dengan UDANG GALAH..
Nak makan udang galah datang la kat sini .. tapi kalau untuk yang kaki pancing tu,abang baby ada tempat untuk syorkan pada kaki2 pancing yang mana minat la memancing udang....Tpi,baby tak akan bagitau sekarang sebabnya .. baby sendiri tak visit tempat tu ..Kalau ada masa baby akan letak gambar tempat memancing tu pada korang semua yer...㋡ !!


Baby tak dapat nak upload pic abang baby masa dia pancing udang tu sebab dia tak mintak lagi gambar tu dengan kawan dia.tak kisahlah, tu gambar udang yang baby tangkap semalam..chehh...!! dah jadi jurugambar plak baby..Ahakz! tu dalam 2kg tau..
tapi dah kopek2 kulit dia jadi sikit sangat..huuu..
Ada lagi gambarnya ...jap yerr


Ni kalau tak silap baby laa, abang cakap udang galah sepit kuning ..haa,tu tu ..nmpk tu wrna kuning tu.
   ni tak berapa besar ,tapi hari2 yang lepas dulu lagi besar tapi dah masuk perut dah..tak leh nak tunjuk dah..muehehehe.ni la menu keluarga baby.. udang,udang,udang ..tapi,Alhamdullillah sebab ni semua rezeki.kalau nak beli ni mampuih mahal gilerrr.....der.


Punyer r susahnya baby nak snap pic neh,kene terjengket jengket dulu
udang ni kepala jer besar..dah masak kecut..sikit jer,tapi baby tak suka mam udang
besar2 ..tak tahu laa kenapa tak suka..baby tak suka tanjak dia yang
tajam tu .. menyakitkan!!!


Ni boleh dikira sebagai Udang Baby Johnson,sebabnya kecik kott ...
maybe laa..

So,baby yakin ada yang kat sini yang kaki pancing kan3..???
kalau nak merasa makan udang galah free datang laa ke daerah Rompin ni sebabnya bilangan udangnya banyak dan kalau memancing mesti puas hati..sebab,udang2 kat sini semuanya lapar2 umpan.

Raja udang pun ada,tak ada siapa lagi yang berjaya tangkap ... besar tau . ramai yang dapat tapi terlepas...
 OK PADA SIAPA2 YANG SUKA MEMANCING UDANG ,JANGAN LUPA DATANG KE DAERAH ROMPIN..!!(^_^)