Halaman

(1)

Isnin, 2 Mei 2011

Pontianak Di Pondok Bas ...

B ada jumpa kawan b yang duduk kat kampung Pontian,dah jumpa2 tu dia ajak tido rumah dia..b ok jer ..NO HAL sebab mami pun tak ada kat rumah pergi kenduri  ...malam tu b tak mengantuk layan2 facebook ler kejap..tiba2 kawan b si Aida ni pegang bahu b ..terkejut Seyh!! ingat sape tadi..
dia pun tak boleh tido macam b so dia ajak2 laa berborak dari satu bab ke satu bab sampailah ke bab yang paling b tak suka..HANTU ...............!!!!!!!!!!!!

B memang takut dengan cerita2 hantu ni sebab b pernah alami ..dan pengalaman tu b ada postkan ..yang mana tak tahu boleh laa tengok dan baca.si aida ni pun start laa bercerita benda yang paling b tak suka nak tak nak dengar jugalah..dah tu hobi dia.dia suka sangat dengan benda2 seram ngan mistik ni.Dengarkan cerita dari dia,dia kata ada kemalangan terjadi dekat dengan pondok bas kat kampung dia tulah..b pun tanya dia,"Aku tengok tak ada kesan pun dekat bustop tu,macam mana kau kata ada kemalangan"? Musykil2..dia kata memang dah tak ada ngokk,sebab orang2 bomba dah bersihkan kawasan tu" hahaha,dapat pangkat ngok..pelik gak kalau bersih sekalipun tak akan tak ada kesan At Least,kaca2 or kesan tayar terseret ker..ni tak ada.Ahh..lantak la bukan masalah b.Dia pun teruskan cerita seram dia tu.

Orang yang terlibat dalam kemalangan tu aida cakap ..seorang perempuan mengandung and sorang lagi suami dia.perempuan mengandung tu tercampak dari cermin kereta depan pastu tergolek kat atas jalan raya datang pulak kereta lanyak ..jadi lah piece of roll..Eee,Ngeri..loya b dengar cerita dia ..Hancur badan dia separuh dari perut ker paha..Baby dia??Matilah jugak ..Menurut informasi aida kereta kancil yang di bawa oleh husband si arwah tu berdentum tersasar ke bustop..katanya hilang kawalan..tu yang langgar bustop..
Sehari lepas kemalangan tu tak ada apa2 yang aneh yang jadi,tapi lepas sehari tu dah mula dengar orang kampung bercerita pasal nampak ..Alahhh,benda apa lagi kalau bukan Cik Ponti..kata yang pernah nampak tu dia nampak cik ponti tu lepak kat bustop ..jam 2 pagi siap bawak anak dia,batu nisan la tu..si aida ni kalau nak menakutkan b dah tak ada modal lain mesti hantu bawak batu nisan..yelah tapi tu kepercayaan orang pontianak ni wanita yang mati beranak ..

Nak tergelak pulak dengar cerita si Aida ni ,sebab cepat sangat percaya benda2 ni ..benda tu kan bukan boleh nampak dengan mata kasar kecuali dah ditentukan pada orang2 yang nak nampak dia  b tak nafikan tu.Cuma tak akan tak ada modal lain nak buat cerita nak menakutkan b..bila b cakap jer macam tu cepat dia marah2,,siap cakap "Kau ni aku tak habis cakap lagi,kau dah menyampuk."Ahahahah,cakap jer dah kena marah..over sensitif tol minah ni.lepas tu dia sambung lagi..ada pak anjang dia pun pernah nampak cik Ponti tu dekat bustop tu jugak...Dia ingat orang laru rumah..Orang lari rumah tak akan pakai serba putih oiii!!!!
kecuali balik dari berkabung,tu pun belum tentu majlis berkabung ada pepagi bute ..Dia tegur la cik ponti tu panggil "Cik,cik .." Then,pak anjang dia tu rebah..Bila ada orang kampung yang nampak dia tersungkur dekat dengan tepi bustop tu orang tu bawak dia balik, sedar dari pengsan dia jadi pendiam tak banyak cakap..

Ada ker pontianak ni betul2?..Pernah b dengar selalunya orang yang meninggal rohnya tak tenteram..or ada lagi yang tertinggal..Entahlaa,sebab b pun tak pernah lagi jumpa Ponti ni ..Tengah termenggung dengar cerita si Aida ni tetiba kitaorang dengar cam bunyi kaki orang berjalan..Si aida pulak tegur,Gabra2 ...takut dah la tengah malam..Aida ni pulak berani2 jer dia nak bukak tingkap tengok bunyi tu datang dari mana,B pun tarik lengan dia cakap kat dia Tak payahla,Takuutttt....!!!!!tapi dia degil, dia pergi gak dia bukak tingkap tiba2 ..... "Haahhh....pehal ha korang tak tido  lagi haa ??..Gosip ea??"" Ciss ,rupanya Si wan(kutu babun) jiran sebelah..Wat Chuak jerr ...Terus Aida tutup tingkap sambil ngomel sesorang ....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan